Hilton Btg Ai Longhouse Resort Part II

•April 18, 2009 • Leave a Comment

_mg_4134-copy

waahhhh….sikalang sudah masuk part II punya celita oo..hehe,so kinek tok sambungan cerita aku dari yang episod pertama.Aktiviti petang ya kmkorg shot gamba sunset tp cuaca mendung so mhampakan kmkorg.Tp aktiviti mlm tetap dapat di teruskan,pada sebelah mlm selepas makan malam dekat pool side,kmkorg di bahagikan kepada dua kumpulan..CANONIAN feat OLYMPIUS’IAN & SONY’IAN dan satu group utk cdak NIKONIAN.Tujuan nya ialah utk mengajar kmkorg cara-cara yg betul utk shot strobist atau dlm bhs nikon cls (Canon La Superb)..hehehehe,skadar gurauan.

So model yang aku sempat shot mlm ya just miza..actually ada 3 org model…Miza,Tara dan Shasha.Bro Putat menerangkan satu persatu cara-cara yg betol dan beberapa gambar yg aku telah bjaya shot.Ada pose menarik tp shot aku pulak sik mjadi…gelap gelita dunia,hahaha..Gia lah upa org baruk-baruk nak belaja..so aku persembahkan hasil-hasil shot aku pada mlm ya..lummmm abis gik…to be continue…PART III,

KFK Trip To Hilton Btg Ai Longhouse Resort

•April 18, 2009 • Leave a Comment

_mg_3974-copy4

Setelah sekian lama aku menyepi..blog aku pun sekda update…so kini aku kembali…so kinek aku nak madah kenak blog aku sunyi jak sik di update. Pada hujung minggu yg lepas..iaitu 11 april 2009 aku tela mengikuti satu aktiviti KFK…iaitu KFK trip to Hilton Btg Ai Longhouse Resort.

Antara member KFK yg mengikuti aktiviti tok ialah Hardy(uncle aku),Achika dan Bro Ramlan dari saratok.Aku,Hardy dan Achika berangkat dari sibu dlm pukul 830pagi mcm ya dan singgah di saratok utk menjemput bro Ramlan.Kamekorg berehat makan di saratok,pada mula nya aku amat lah ngantok sampe sik lalu nak makan..tapi bila time nak order makan ya,tiba2-tiba aku sik jadi ngantok,bila miak ambik order ya nyebut word “ADA”…jadi “ADO”,hehehe..pertama kali aku dgr piur org saratok klaka..aku tersengih sorang-sorang..yalah budaya kita..kaya dengan berbagai bahasa..

so utk sampai ke tmpt yg di tuju..kmkorg tpaksa mgunakan perahu utk ke seberang bersama-sama rombongan KFK dari Kch,air sik boh padah lah..nang kacak dan jernih,geram asa maok terjun..hehehe,setiba nya kamekorg suma dekat sia..suma terus ngeluar DSLR masing-masing,shot suasana di sia dan nunggu sunset.Di sia sunset nak kacak tapi agak mhampakan coz ptg ya cuaca mendung..so sunset sik brapa kacak mcm yang di harapkan..so di bwh tok aku kongsi beberapa gambar sunset dan suasana di Hilton Btg Ai Longhouse Resort..enjoy the view..lom abis agik ceta aku tok..to be continue in Hilton Btg Ai Longhouse Resort part II..Zasss!!!~

sepetang bersama anyss (29/3/09)

•April 1, 2009 • Leave a Comment

3397923849_9968040aa01

Pada ahad lepas aku,anis,affy,alfi dan along telah menemui satu lokasi menarik utk shot.Tepat jam 330 petang kmkorg tiba di lokasi..memandangkan cuaca pun bgs,so semua nya berjalan seperti yang di rancang..model kamek org pada hari ya ialah saudari ANIS a.k.a BUJAT,hehehe..bermacam-macam gaya di posing..nang mantap sampey ada sorg member photographer tok siap mengacukan pistol gik time nak shot model..hehehe..so di bawah tok beberapa shot oleh aku..utk tatapan anda semua..

citrarasa malaysia,miri sarawak (27/3 – 29/3)

•March 30, 2009 • Leave a Comment

Pada hari Jumaat yang lepas satu Karnival CITRARASA MALAYSIA telah di adakan di boulevard,Miri.So aku,Anis(gerek aku),Affy dan Alfi sik melepaskan peluang untuk shot di sia..Macam-macam ragam org kamekorg shot sampe sik tahan sebab sesak gilak dah tmpt ya dgn org ramai..Di sia kita boleh melihat pelbagai-bagai jenis makanan tradisional dan makanan dari negeri masing-masing.Karnival mendapat sambutan yang amat menggalakkan..sebab part makan semua org suka..hehehe,selain ya pada sebelah malam karnival lebih meriah,banyak artis yang TIP TOP dtg utk menhiburkan para pengunjung..Rami juak dak shooter time tok..hehehe,ya WAJIB adalah..so di bawah tok beberapa pic aku shot pada karnival ya..ENJOY~gelek~gelek~ “senyumlah..senyumlah..ahai cik mek molek~”

anis-n-helmie

21/3/09 (RNK WILAYAH SARAWAK)

•March 24, 2009 • Leave a Comment

RNK Wilayah Sarawak telah berlangsung di RH HOTEL,Sibu pada hujung minggu ini tadi.Ramai yang turut serta dalam aktiviti ini.Tetamu yang hadir datang dari seluruh sarawak dan ada juga dari luar sarawak.

Pada sebelah pagi aktiviti SEMINAR RNK telah di adakan di tingkat 1,seminar ini di adakan bertujuan utk membina semangat kerjasama di antara kakitangan,sifat tolak-ansur dan komunikasi sesama ahli..

Pada sebelah malam pula,aktiviti RNK NIGHT di adakan,tema pada mlm itu ialah BOLLYWOOD.Semua tetamu yang hadir pada mlm itu berpakaian ala-ala BOLLYWOOD..shah rukh khan,kajol,pretty zhinta dan salman khan pun ada pada mlm itu..(tiruan lah)hehehe

Antara aktiviti pada mlm itu ialah penyampaian anugerah stesen terbaik,khidmat pekerja terbaik,the most elegant man & women dan macam-macam lagi.

DINNER 1

19/3/09 (RH HOTEL)

•March 24, 2009 • Leave a Comment

Pada hari khamis yang lepas aku sekda plan mok pegi shot..so aku masuk keja sekda ngembak senjata aku ( camera )…dalam pukul 9 pagi mcm ya uncle aku call..ajak aku neman nya amik group photo utkĀ  pasukan POLIS.

Mun pasal shot tok aku laju..hehehe..aku bgegas keluar opis dan balit ke umah ambik weapon..mbak keta mcm lam ceta 2Fast2Furious TOKYO DRIFT..cdak gik sik mbak keta gia kali..hehehe..so dlm 15 minit aku sampai lah ke tmpt nak dituju..

Group photo ya di adakan dekat RH HOTEL tingkat 1…so dari sia..boleh nampak luas la view bandar sibu dan dataran bandar sibu..selain ya juak WISMA SANYAN@PARKSON hanya bersebelahan dengan RH HOTEL..senang la nak pegi shopping..dekat jak..hehehe,so dekat ctok aku kongsi beberapa gambar yg aku shot utk tatapan bersama..

RH HOTEL1

RH HOTEL 2

RH HOTEL 3

RH HOTEL 4

Syikin & Fauzi (14/3/09)

•March 19, 2009 • Leave a Comment

Pada sabtu yang lepas aku telah pergi ke kuching untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku.Ramai sungguh orang datang di majlis perkahwinan ya..termasuk lah orang-orang dari semenanjung..coz sepupu aku kahwin dengan org semenanjung..hehehe..Fauzi namanya..Hensem..Cute..Macho..mcm aku..hahaha~

Di majlis perkahwinan sepupu aku tok..selain aku,banyak juak cdak photographer yang turut datang untuk shot..situ-sini jak kedengaran bunyi gear masing-masing serta kilauan lampu flash..Pengantin perempuan ialah sepupu aku..Syikin nama nya,lamak dah sik jumpa jadi nya pun sik kenal aku..mula-mula nya fikir aku tok photographer akhbar tempatan..hahaha..sampaey ati kawu kin..pendekkan cerita.. Di bah tok beberapa gambar yang aku mok bkongsi dengan ktkorg..enjoy the pic..sharing is caring..hehehe..~ ” SELAMAT PENGANTIN BARU “

Syikin & Fauzi 2

syikin & fauzi 2

syikin & fauzi 3

syikin & fauzi 5